Warga emas maut jatuh longkang ketika turun bas - Utusan Malaysia

Warga emas maut jatuh longkang ketika turun bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang warga emas berusia 71 tahun meninggal dunia setelah terjatuh ke dalam longkang ketika turun dari bas di Beserah, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar 9 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Mek Teh Dagang dipercayai terjatuh ketika turun dari bas henti-henti Rapid di Jalan Kuantan – Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada anak saudara mangsa pada 9.30 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semasa pihak kami tiba di lokasi,mangsa dilihat terbaring dan mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian,” katanya.

Mohd Noor berkata hasil bedah siasat menyatakan mangsa meninggal dunia disebabkan berlakunya pendarahan di dalam kepala akibat terjatuh ke dalam longkang dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Jenazah mangsa telah dituntut oleh anggota keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pasir Putih Kampung Baru Beserah, petang semalam. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini