Dua ditahan, 3,700 kotak rokok dirampas - Utusan Malaysia

Dua ditahan, 3,700 kotak rokok dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Okt. – Polis menahan dua lelaki dan merampas sebanyak 3,700 kotak rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM18,500 di Jalan USJ1, Subang Jaya, dekat sini semalam.

Penahanan pada pukul 1 tengah hari itu dibuat oleh dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang membuat rondaan di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, anggota yang membuat pemeriksaan lanjut menemukan tujuh kotak besar mengandungi 370 karton rokok seludup.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, dua lelaki berusia awal 30-an itu ditahan ketika sedsng membuat penghantaran rokok seludup kepada beberapa peruncit di daerah ini.

“Semakan dengan pihak kastam mendapati, rampasan rokok seludup ini membawa kerugian sebanyak RM37,740 kepada pihak kerajaan kerana dibawa masuk ke negara ini tanpa dikenakan cukai.

“Kes ini diserahkan kepada pihak kastam dan disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1957,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini