LONDON 2 Okt. – Nasib Lionel Messi bersama skuad kebangsaan Argentina masih samar-samar apabila jurulatih sementara, Lionel Scaloni mengakui dia tidak berbincang dengan penyerang Barcelona itu tentang masa depannya bersama pasukan.
Messi turut dijangka terlepas dalam dua aksi persahabatan menentang Iraq dan Brazil malah pemain berusia 31 tahun itu turut tidak dipanggil untuk bermain dua perlawanan persahabatan pada September lalu.
Dia menerima kecaman hebat ketika kempen Piala Dunia 2018 dan menunjukkan rasa kecewanya terhadap skuad kebangsaan. Messi hingga sekarang tidak membuat sebarang kenyataan tentang sama ada di akan beraksi bersama Argentina atau tidak.
Jurulatih Scaloni memberitahu dia ada bercakap dengan Messi baru-baru ini namun keputusan yang diambil adalah mengetepikannya dan berbincang tentang perancangan masa depannya.
“Saya bercakap dengan Messi kira-kira 10 hari lalu dan selepas berbual kami membuat keputusan dia tidak akan dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan,” kata Scaloni. – AGENSI











