KUALA LUMPUR 2 Okt. – Malaysian Relief Agency (MRA) melancarkan tabung kemanusiaan gempa bumi Sulawesi bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas teruk akibat gempa bumi yang melanda Palu dan Donggala di Sulawesi Tengah baru-baru ini.

Timbalan Presidennya, Khairil Annuar Khalid berkata, pihaknya akan turut menghantar bantuan kecemasan ke Pulau Sulawesi Tengah bagi menghulurkan bantuan makanan asas dan ubat-ubatan yang bernilai RM20,000.
“Pasukan pertama MRA dijangka bertolak esok,” katanya menurut satu kenyataan di sini semalam.
Rakyat Malaysia yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Public Bank 39885 91608 atas nama Malaysian Relief Agency Foundation.
Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi talian +60 13 455 7020 (Mohd Fadhil Baharudin) atau +60 3 9174 4672 (Pejabat MRA). – UTUSAN ONLINE











