Tiada Ronaldo, tiada masalah - Allegri - Utusan Malaysia

Tiada Ronaldo, tiada masalah – Allegri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 2 Okt. – Jurulatih Juventus, Massimilano Allegri berkata hukuman gantung satu perlawanan yang dihadapi Cristiano Ronaldo dalam Liga Juara-Juara tidak memberi masalah sebaliknya menganggap itu merupakan masa terbaik untuk bintang dari Portugal tersebut berehat seketika.

Ronaldo tidak dapat diturunkan menentang kelab Switzerland, Young Boys di Turin pada awal pagi ini (waktu Malaysia) selepas dia dilayangkan kad merah ketika menentang Valencia yang menyaksikan Juve menang 2-0 pada 20 September lalu.

“Ronaldo diturunkan setiap perlawanan setakat ini dan Sabtu lalu merupakan persembahan terbaiknya sejak tiba di Juve.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sudah pasti dia memerlukan sedikit rehat. Saya ingin melihat keadaan pasukan tanpa Ronaldo walaupun saya sudah menyaksikannya di Valencia.

“Dia akan kembali bersama kami di Manchester namun penting untuk dia berehat dan bersedia untuk beraksi lebih banyak perlawanan untuk kami,” kata Allegri.

Juve akan bertandang ke Old Trafford menentang Manchester United pada 23 Oktober ini dalam aksi Liga Juara-Juara sebelum menerima kunjungan Red Devils di Turin pada 7 November ini.

Dalam pada itu, Allegri menggesa agar pemainnya tidak terlalu yakin untuk menghadapi Young Boys setelah mereka tewas 3-0 kepada United dalam aksi pembukaan selain mengesahkan Paulo Dybala, Mario Manduzkic akan beraksi sebagai kesebelasan utama.

“Kami perlu bermain dengan baik dan menang atau kami perlu bekerja keras selepas ini. Kami perlu menghormati Young Boys. Mereka memiliki kekuatan di pertahanan serta tersusun,” katanya lagi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini