Pekerja pelantar minyak maut - Utusan Malaysia

Pekerja pelantar minyak maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Seorang pekerja­ pelantar minyak di Kemaman maut manakala isteri dan bayi lelaki mereka ce­dera selepas kereta Pe­rodua Kelisa yang me­reka naiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 343.3, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Kawasan Rehat dan Rawat Paka dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6 pagi itu, Muhammad Aniq Hakim Rozmi, 23, meninggal dunia di lokasi keja­dian akibat kecede­raan parah pada kepala manakala isterinya, Nur Fatinie Rokhman, 24, dan bayi mereka, Muhammad Adam Rizqi yang berusia setahun enam bulan cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baha­rudin Abdullah berkata, se­waktu kejadian, tiga sekeluarga itu difahamkan dalam perjalanan pulang ke rumah me­reka di Kemaman selepas pulang bercuti hujung ­minggu ke kampung di Kota Bharu, Kelantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Kelisa yang mereka naiki tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan.

“Impak daripada rempuhan itu, mangsa (Muhammad Aniq Hakim) tersepit di dalam tempat duduk pemandu kereta tersebut yang remuk teruk,” katanya kepada ­Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini