PUTRAJAYA – Seramai 411,329 calon mula menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di seluruh negara bermula semalam selama empat hari dan berakhir pada 4 Oktober ini.
Peperiksaan PT3 dimulakan dengan kertas Bahasa Melayu dan Matematik sementara hari ini para pelajar mengambil kertas Bahasa Inggeris dan Sains diikuti kertas Kemahiran Hidup Bersepadu dan Pendidikan Islam pada hari Rabu.
Hari terakhir iaitu pada hari Khamis adalah untuk pelajar yang mengambil kertas Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazan Dusun serta Maharat Al-Quran.
PT3 dimulakan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah dan dinilai menerusi tiga jenis instrumen yang terdapat peperiksaan PT3 iaitu kerja kursus melibatkan mata pelajaran Sejarah dan Geografi, ujian lisan melibatkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sementara ujian tilawah dan hafazan melibatkan Maharat Al-Quran serta Hifz Al-Quran.
Peperiksaan bertulis melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup Bersepadu, Pendidikan Islam, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazan Dusun.











