Jangan bersikap ‘habis madu sepah dibuang’ - Utusan Malaysia

Jangan bersikap ‘habis madu sepah dibuang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Okt. – Ahli Parlimen yang meninggalkan UMNO wajar mengosongkan kerusi masing-masing kerana mereka memperoleh kemena­ngan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bukannya dise­babkan faktor calon semata-mata tetapi juga merupakan hasil usaha jentera parti sendiri.

Asyraf Wajdi

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, apa yang diusahakan kesemua jentera parti bukannya dibuat secara percuma, sebaliknya melibatkan perbelanjaan cukup banyak, malah ahli akar umbi menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap calon yang bertanding.

Memuatkan artikel berkaitan…

Justeru, beliau mahu kerusi ahli Par­limen tersebut dikosongkan dan memilih semula wakil rakyat yang baharu.

“Jangan bongkak dan ingat mereka menang dengan sen­diri, sedangkan kemenangan diperoleh didukung jen­­tera tidak kira sayap Wanita dan Puteri, pelbagai program dibuat dan perbelanjaan serta pengorbanan yang dibuat untuk kempen mereka adalah tidak ternilai.

“Kita sudah rujuk kepada peguam dan memang kita boleh saman mereka untuk meminta ganti rugi terhadap apa ditanggung parti selama ini. Ahli Parlimen perlu dipilih semula, mereka sudah tidak percaya dengan perjuangan parti tetapi meneri­ma kenikmatan begitu sahaja, habis madu sepah dibuang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas ucapan Pre­siden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mendedahkan bahawa writ saman dihantar kepada beberapa individu bagi menuntut bayaran balik yang melibatkan kos selain kerusi dimenangi mereka atas tiket UMNO dan Barisan Nasio­nal (BN) perlu dikosongkan.

Tindakan sesetengah ahli Parlimen yang ‘lompat’ parti sering menjadi kritikan pelbagai pihak kerana dianggap tidak tetap dengan pendirian serta setia dengan perjuangan parti yang didukungnya sebelum ini.

Bagi Asyraf, mereka enggan mengosongkan kerusi bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan ahli akar umbi tetapi juga amanah diberikan rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini