Isa, Nazari pencabar sebenar Anwar - Utusan Malaysia

Isa, Nazari pencabar sebenar Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPERTI dijangka calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim paling aktif berkempen di Port Dickson sejak tiga hari lalu. Lima hingga enam program beliau bertemu rakyat dan ceramah setiap hari.

Mohd. Nazari

Sasaran utama Anwar adalah me­nang dengan majoriti undi besar. Beliau sendiri dalam ceramahnya kelmarin me­ngaku tidak manis kalau beliau sebagai bakal Perdana Menteri menang dengan majoriti tipis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Saingan sebenar buat Ketua Umum PKR itu datang dari Mohd. Isa Abdul Samad dan juga calon Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar, manakala empat lagi calon Bebas termasuk Mohd. Saiful Bukhari hanya menambah rencah PRK kali ini.

Mohd. Isa mungkin bukan nama popular di mata orang di luar Port Dickson kerana terpalit pelbagai kontroversi. Tetapi bekas Ahli Dewan Undangan Ne­geri Linggi dan Bagan Pinang itu ada pengikut sendiri dan tidak mengejutkan jika beliau mendapat undi besar nanti.

Beliau juga dijangka mendapat undi daripada ahli Barisan Nasional (BN), walaupun telah keluar dari UMNO untuk bertanding sebagai calon Bebas.

Pas pula menggunakan strategi menamakan Mohd. Nazari yang merupakan bekas pegawai tentera untuk menarik undi lebih 7,000 anggota tentera di Port Dickson.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kelompok tersebut menyokong bekas Ahli Parlimen, Datuk Danyal Balagopal Abdullah yang juga pesara tentera dan Pas mahu memanfaatkan taktik dan sentimen sama kali ini.

Mohd. Isa dan Mohd. Nazari diramal tidak dapat menghalang Anwar daripada menang kerusi tersebut. Tetapi dengan pengaruh, strategi dan jika jumlah peratusan keluar mengundi rendah, ada kemungkinan mereka akan mengganggu majoriti diperoleh Anwar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini