‘Janggal raih kemenangan sebegini’ - Utusan Malaysia

‘Janggal raih kemenangan sebegini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOCHI – Pemandu Formula Satu (F1) Mercedes, Lewis Hamilton seakan-akan tidak berpuas hati dengan kemenangan yang diraihnya pada perlumbaan Grand Prix (GP) Rusia di Litar Antarabangsa Sochi malam kelmarin.

Pada perlumbaan tersebut, Hamilton yang memulakan saingan di petak kedua meraih kemenangan selepas rakan sepasukannya, Valtteri Bottas memberi laluan kepadanya untuk memimpin perlumbaan tersebut.

Bagaimanapun, Hamilton menegaskan, dia tidak pernah mengarahkan Mercedes untuk memberi laluan kepadanya mengambil alih posisi Bottas, sekali gus merangkul kemenangan ke-70 dalam kariernya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi saya ia sangat jelas bahawa Bottas mendapat arahan daripada pasukan untuk memberi laluan kepada saya me­raih kemenangan pada hari ini (kelmarin).

“Tiada sebarang perbincangan saya dengan pasukan mengenai strategi pada saingan ini dan saya menjelaskan sendiri kepada Bottas bahawa saya tidak pernah meminta pasukan untuk memberi arahan membantu saya menjulang kemenangan di sini.

“Bagi saya ia mungkin jalan terbaik dilakukan oleh pasukan untuk kami berdua menjulang kemenangan tetapi bagi saya sangat janggal meraih kemena­ngan seperti ini,” kata Hamilton.

Dalam pada itu, Bottas memahami tindakan pasukannya meskipun sukar untuk menerima hakikat apabila terpaksa melepaskan kejuaraan di Sochi.

“Saya dapat menerima keadaan tersebut kerana ketika ini Hamilton sedang berjuang untuk merebut gelaran dunia, manakala saya pula hanya membantu pasukan mengutip mata dalam kategori pengeluar,” ujar Bottas.

Hasil keputusan tersebut, Hamilton terus menjarakkan jurang kepada 50 mata dengan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel selepas mengumpul 306 mata bagi carta kedudukan pemandu dengan perlumbaan hanya berbaki lima pusingan. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini