Pengurusan TM tolong bantu gangguan Unifi - Utusan Malaysia

Pengurusan TM tolong bantu gangguan Unifi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SAYA ingin membuat aduan tentang kelemahan pegawai Telekom Malaysia yang seperti tidak mengambil berat aduan saya bernombor 1-24479704703 pada petang 24 September lalu.

Sehingga 27 September 2018, aduan saya tentang ganguan talian internet Unifi saya masih tidak dibaiki. Sebagai pelanggan jalur lebar Unifi yang berbayar, saya perlukan perkhidmatan terbaik daripada pihak Telekom Malaysia.

Namun, aduan saya tidak diambil perhatian serius oleh pegawai Telekom Malaysia. Ini kali kedua masalah ini berlaku. Pada bulan Jun lalu, saya mengalami masalah sama. Sila rujuk kepada laporan saya bernombor 1-24555776743 sebagai bukti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Saya harap pihak atasan Telekom Malaysia dapat mengatasi masalah saya ini.

AZNAN AHMAD

Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini