Apa pengakhiran kes buang bayi di Malaysia? - Utusan Malaysia

Apa pengakhiran kes buang bayi di Malaysia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, HAMPIR setiap hari saya membaca kes berkaitan pembuangan bayi yang ditinggalkan atau lebih kejam, dibunuh oleh individu yang tiada rasa sifat perikemanusiaan.

Masyarakat kini kurang mengambil peduli tentang penggunaan Baby Hatch sebaliknya lebih banyak menumpukan kepada hal diri masing-masing tanpa memikirkan masalah sosial dalam kalangan remaja yang semakin berleluasa. Ramai yang tidak tahu atau mungkin tidak endah tentang penggunaan Baby Hatch yang disediakan oleh pihak seperti Orphancare.

Baby Hatch adalah tempat perlindungan yang dikhaskan untuk bayi dalam usaha menangani kes pembuangan bayi di Malaysia. Ia bukanlah satu perlakuan jenayah untuk meletakkan bayi di Baby Hatch namun ia adalah penyelamat kepada nyawa bayi-bayi yang tidak bersalah itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Maka, ibu-ibu yang telah melahirkan anak tidak sah taraf di luar sana, janganlah takut untuk meletakkan anak anda di tempat yang selamat berbanding tempat yang tidak sepatutnya seperti di tepi tong sampah, tepi jalan dan mana-mana tempat yang mengundang bahaya kepada bayi itu.

Elakkan perlakuan jenayah dan fikirkan keselamatan bayi tersebut. Saya berharap supaya kes pembuangan bayi akan menurun setiap tahun selepas ini dengan wujudnya penggunaan Baby Hatch ini. Sama-sama kita mengurangkan jenayah pembuangan bayi demi menjamin kelangsungan hidup generasi akan datang.

SITI SALWA JAMAHUDDIN

Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini