22 keluarga mangsa kebakaran dibantu - Utusan Malaysia

22 keluarga mangsa kebakaran dibantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 1 Okt. – Kerajaan Pas Kelantan berusaha untuk menempatkan seramai 22 keluar­ga yang terlibat dalam tragedi kebakaran kelmarin di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Bharu di Jalan Kelochor di sini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sudah menjadi tanggungjawab pihaknya untuk membantu rakyat yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa bencana.

“Saya berharap agar mangsa kebakaran terus bersabar dan jangan hilang semangat dengan ujian yang telah ditentukan oleh Allah SWT ini,” katanya ketika menziarah mangsa tersebut di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut mengiringi beliau ialah Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Izani Husin.

Kira-kira pukul 8 malam semalam, sebanyak 20 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Dusun Raja, Jalan Sri Cemerlang di sini.

Seramai 30 anggota bomba melibatkan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan Kota Darul Naim terlibat dalam kerja pemadaman api tersebut.

Bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini