KAJANG – Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang dikehendaki untuk hadir perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan dikenali sebagai Mohd. Feroz Khan Sulaiman bernombor kad pengenalan 861212-56-5631.
“Feroz yang berusia 32 tahun itu dikehendaki untuk hadir perbicaraan kes bunuh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada 3 dan 4 Oktober ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
“Lelaki berkenaan dikesan beralamat terakhir di Kampung Sungai Lalang, 43500, Semenyih dekat sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi tersebut boleh menghubungi terus Pegawai Penyiasat kes berkenaan iaitu Asisten Superintendan Redzuan Mat Salleh di talian 019-2714100.
Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat di talian IPD Kajang di 03-89114222 atau di mana-mana balai polis yang berhampiran. – K! ONLINE











