KULAI Okt. – Polis tidak menolak kemungkinan dua lelaki warga asing yang disyaki terlibat dalam kes samun dan maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Bukit Batu, Jalan Sedenak menghala ke Felda Sayong pada 21 September lalu dipercayai daripada Geng Rantau.
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, kemungkinan itu ada berdasarkan modus operandi geng berkenaan yang melakukan samun pada awal pagi.
“Geng Rantau ini biasanya akan melakukan aktiviti samun berkumpulan antara tiga hingga lima individu.
“Malah mereka ini dikenal pasti menjadikan laluan berkenaan sebagai modus operandi untuk melakukan kegiatan samun berkumpulan. Kita masih mengesan saki baki ahli kumpulan ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE











