PORT DICKSON 1 Okt. – Tan Sri Mohd. Isa Abdul berkata, beliau bebas daripada sebarang pendakwaan rasuah atau salah guna kuasa.
Video oleh MOHD. FIKRI FADZIL
Menurut Mohd. Isa, tuduhan beliau menyalah guna wang dan harta Felda adalah tidak berasas.
“Setakat ini tiada tuduhan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) terhadap saya, akaun saya tidak dibeku dan pasport tidak dirampas.
“Setakat ini saya tidak ada masalah keluar negara, tak tahu esok bagaimana.
“Siasatan tanah Felda di Jalan Semarak oleh polis juga tidak ada kes dan akhirnya ia hanyalah satu fitnah,” katanya dalam wawancara bersama Utusan Online, di sini hari ini.
Mengulas tuduhan mengamalkan politik di dalam parti, kata Mohd. Isa, beliau menjadi mangsa untuk dikambing hitam semata-mata.
Beliau juga menyifatkan lawan utama iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih banyak kes dan telah dituduh di mahkamah serta didapati bersalah.
“Saya lebih baik berbanding Anwar, jadi para pengundi harus berfikir,” kata beliau.
Beliau dalam pada itu menjelaskan isu Felda lebih kepada politik UMNO semata-mata.
Felda pula, katanya, diserang pembangkang kerana tanah rancangan itu mempunyai banyak pengundi sehingga pembangkang berjaya mengelirukan masyarakat. – UTUSAN ONLINE











