MPSP siapkan empat mural 3D penutup botol minuman - Utusan Malaysia

MPSP siapkan empat mural 3D penutup botol minuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 1 Okt. – Mural 3D yang dihasilkan daripada penutup botol minuman di Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di sini akhirnya disempurnakan hari ini.

Majlis penyempurnaan mural yang dibina hasil kerjasama antara Universiti Pendidikan Sultan Idris dan MPSP itu dilakukan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas.

Sebanyak 113,190 penutup botol digunakan dalam proses pembuatan itu yang dilaksanakan selama tiga hari bermula 21 September lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang Dipertua MPSP Datuk Rozali Mohamud berkata, semua penutup botol itu mula dikutip sejak 25 Julai lalu hasil sumbangan kakitangan MPSP sendiri selain komuniti setempat, kilang, pengusaha pusat kitar semula dan sekolah.

“Sebanyak 595 sukarelawan terlibat dalam kerja-kerja menghasilkan mural ini dengan bimbingan lapan pensyarah dari UPSI.

“Mural 3D ini diletakkan di sekitar bangunan MPSP dan orang ramai boleh mengambil swafoto bersama mural yang dihasilkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini