KUALA LUMPUR – Penolong Pengarah Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Sentul yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan Shanmugamoorthy adalah bagi menggantikan Senior Asisten Komisioner (SAC) R. Munusamy yang akan memegang jawatan baharu sebagai SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.
Majlis serah terima tugas itu turut disaksikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.
Pada majlis yang sama, Superintendan Heisham Harun dari Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul.
Beliau menggantikan Asisten Komisioner Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Urusetia, Bahagian Kepolisan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman. – K! ONLINE











