Lelaki dakwa 4WD dicuri elak dimarahi majikan - Utusan Malaysia

Lelaki dakwa 4WD dicuri elak dimarahi majikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 1 Okt. – Akibat bimbang dipertanggungjawabkan atas kerosakan yang berlaku kepada kenderaan pacuan empat roda (4WD) milik syarikat, seorang lelaki warganegara Nepal membuat laporan palsu mendakwa ia dicuri ketika disimpan di rumahnya di Taman Limau Manis di sini semalam.

Lelaki dakwa 4WD dicuri elak dimarahi majikan
Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid

Suspek dipercayai menggunakan kenderaan jenis Nissan Navara itu untuk bersiar-siar sebelum terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kerosakan teruk di Kota Permai.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, suspek kemudiannya pulang ke rumah dengan berjalan kaki dan membuat laporan polis kononnya 4WD itu hilang akibat dicuri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia mendakwa kenderaan itu diletakkan dalam keadaan berkunci di hadapan rumahnya pada pukul 10.20 malam Sabtu lalu sebelum disedari hilang pukul 7.30 pagi semalam ketika mahu keluar bekerja.

“Bagaimanapun pihak polis menerima laporan daripada majikan suspek mengenai penemuan kenderaan itu dalam keadaan rosak teruk di Kota Permai pukul 2.23 petang semalam dipercayai akibat kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Nik Ros Azhan, pemeriksaan ke atas kenderaan bernilai RM75,000 itu mendapati tiada sebarang kesan kerosakan pada kunci atau pendawaian yang dipotong.

Jelasnya, suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini