Berita liwat Presiden PKR palsu - Utusan Malaysia

Berita liwat Presiden PKR palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 1 Okt. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan penyebaran berita mengenai seorang penuntut warga Indonesia yang telah membuat aduan polis di Singapura kerana diliwat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai berita palsu.

Bagaimanapun, beliau yang ditemui selepas majlis pelancaran Bulan Kaunseling Kebangsaan, enggan mengulas lanjut berhubung isu tersebut.

“Itu berita palsu,” kataya ringkas di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyebaran berita tersebut menjadi tular di media sosial selepas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam memuat naik satu catatan dalam Facebook dengan mengaitkan sumber berita itu daripada agensi berita Singapura, BERITAmediaCorp.

Bagaimanapun, agensi berita tersebut menafikan bertanggungjawab menyebarkan berita mengenai Presiden PKR itu dan telah menghubungi Lokman untuk memintanya menarik semula berita tersebut.

Ekoran itu, Lokman dalam status terkininya telah memadam catatan tersebut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini