Keng Leong minta penjelasan Anwar - Utusan Malaysia

Keng Leong minta penjelasan Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 1 Okt. – Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Stevie Chan Keng Leong menggesa calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jawapan berhubung lima perkara berkaitan Langkah Port Dickson.

Jelas Keng Leong, beliau akan komited dengan perjuangan menentang Langkah Port Dickson yang beliau sifatkan sebagai politik angkuh dan elit serta merupakan idea orang-orang di belakang Anwar.

“Tumpuan saya akan lebih ke arah beliau dan kempennya. Sehingga hari ini,
 rakyat belum mendapat jawapan yang boleh diterima untuk soalan-soalan penting,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lima persoalan yang dilontarkan oleh Keng Leong untuk dijawab oleh Anwar adalah seperti berikut:

  1. Adakah Anwar boleh menerima bahawa mana-mana wakil rakyat boleh meletak jawatan tanpa alasan sah selain dari kepentingan politik? Atau adakah ia hanya boleh diterima jika yang ingin mengambil alih adalah beliau?
  2. Adakah Anwar mempertimbangkan alternatif lain untuk Langkah Port Dickson dan jika ya, kenapa memlih Langkah Port Dickson dan bukan alternatif lain?
  3. Mengapa Anwar perlu memasuki Parlimen sekarang melalui pilihan raya kecil yang dipaksa ini? Apakah perkara penting yang memerlukan penyertaan segera beliau dalam Parlimen?
  4. Kenapa Anwar tidak memilih Permatang Pauh, kerusi tradisinya, atau Pandan yang diduduki Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail? Sekiranya Wan Azizah boleh mengosongkan kerusi Presiden PKR untuk Anwar, maka mengapa beliau tidak boleh melepaskan kerusi Parlimen juga? Adakah terdapat keperluan untuk mempunyai bapa, isteri dan anak perempuan sebagai Ahli Parlimen pada masa yang sama?
  5. Jika Anwar menang di Port Dickson, adakah beliau boleh memberi jaminan untuk terus terus bertanding di Port Dickson dalam Pilihan Raya Umum akan datang atau adakah menggunakan Port Dickson hanya untuk Langkah Port Dickson dan meninggalkan mereka selepas mendapat apa yang dimahukan? – UTUSAN ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini