Anwar mahu menang majoriti besar - Utusan Malaysia

Anwar mahu menang majoriti besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 1 Okt.- Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini dengan majoriti yang besar.

Jelas Anwar, beliau tidak mahu memandang mudah persaingan yang diberikan oleh calon-calon bertanding yang lain dan menolak anggapan ramai bahawa dirinya pasti menang dalam PRK kali ini.

Sehubungan itu, kata Anwar, tempoh berkempen akan digunakan oleh beliau sepenuhnya untuk turun ke akar umbi berjumpa dengan rakyat sekali gus meraih sokongan padu daripada pengundi-pengundi di Port Dickson.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malu tak saya kalau menang tetapi menang dengan majoriti tipis, ya..yang penting dalam pilihan raya adalah menang, itu betul, tapi dalam pilihan raya umum lalu majoriti yang diperoleh oleh Datuk Danyal adalah besar.

“Kemudian saya pula telah dipilih oleh kawan-kawan dalam Pakatan Harapan  supaya menjadi pengganti kepada Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Saya mahu mandat itu kuat supaya saya dapat bercakap dengan berani , boleh bela nasib orang Port Dickson dengan tegas kerana saya tahu rakyat bersama dan menyokong saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Ceramah Perdana DUN Sri Tanjung di sini, malam tadi.

Sementara itu, jelas Anwar, sebagai orang lama dalam kancah politik negara, sekiranya memenangi PRK  tersebut kelak, peranan yang boleh dimainkannya dalam Parlimen adalah memastikan institusi tersebut lebih berkesan.

“Orang seperti saya dan Lim Kit Siang yang merupakan veteran politik boleh mainkan peranan di Parlimen untuk tentukan Parlimen lebih berkesan,  untuk berbincang dengan para menteri dan mengingatkan mereka agar dasar kita itu tidak lari daripada apa yang dijanjikan kepada rakyat. Ini saya akan lakukan kalau orang Port Dickson bagi sokongan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini