Tun M Perdana Menteri pilihan majoriti rakyat - Hadi - Utusan Malaysia

Tun M Perdana Menteri pilihan majoriti rakyat – Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 30 Sept. – Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak wajar dipaksa melepaskan jawatan Perdana Menteri kerana beliau telah memimpin Pakatan Harapan pada pilihan raya lalu dan dipilih majoriti rakyat.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun beliau tidak bersetuju semua perkara dengan Dr. Mahathir, tetapi menerima hakikat beliau dipilih majoriti rakyat Malaysia.

Oleh itu, kata Abdul Hadi, adalah tidak wajar tanggungjawab memilih perdana menteri kelapan diserahkan sepenuhnya kepada penduduk Port Dickson semata-mata.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kekeliruan ditimbulkan oleh PKR untuk mengangkat presidennya menjadi perdana menteri melalui pilihan raya kecil perlu ditentang.

“Pas walaupun pada asalnya tidak berhajat bertanding di sini, tetapi terpaksa bertanding apabila UMNO tidak bertanding.

“Walaupun kawasan ini bukan kawasan yang mudah untuk Pas, tetapi tidak ada parti lain yang berani,” katanya pada ceramah perdana Pas yang pertama di sini malam ini.

Hadi juga mengingatkan para pengundi di sini supaya tidak memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganggap pilihan raya diadakan hanya kerana merebut peluang yang ada dan bukan kerana rasa tanggunjawab. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini