Ulang sekali lagi Sturridge - Utusan Malaysia

Ulang sekali lagi Sturridge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 30 Sept. – BINTANG tengah Chelsea, Eden Hazard mahu Da­niel Sturridge mengulangi jaringan cantiknya apabila Li­verpool menentang Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad ini.

Hazard dan Sturridge ma­sing-masing meledak gol me­ngagumkan ketika Chelsea dan Liverpool seri 1-1 hari ini.

Jaringan itu hadir empat hari selepas kedua-dua mereka turut meledak gol cantik pada pusi­ngan ketiga Piala Liga di Anfield, yang menyaksikan Chelsea menyingkirkan Liverpool 2-1.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sejurus tamat perlawanan, Hazard dilihat berkata sesuatu kepada Sturridge dalam te­rowong bilik persalinan.

“Saya beritahu dia tentang jaringannya. Ia gol yang bagus.

“Dia menjaringkan gol cantik dua kali. Satu pada Rabu, satu lagi hari ini. Ia sama seperti saya, mungkin dia mahu menjadi seperti saya.

“Tidak…saya hanya bergurau. Dia memang pemain yang hebat, saya pernah bermain dengan­nya ketika di Chelsea.

“Saya gembira bagi pihaknya, tetapi tidak gembira buat Chelsea. Harap dia lakukannya (gol cantik) sekali lagi apabila menentang Manchester City,” kata Hazard kepada BBC Sport.

Hazard membuka jaringan Chelsea pada minit ke-25, namun Sturridge yang masuk pada babak kedua menyamakan kedudukan 1-1, seminit sebelum tamat permainan menerusi rembatan jauh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini