Malaysia kecundang final Piala Raja Thai - Utusan Malaysia

Malaysia kecundang final Piala Raja Thai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Malaysia jelas bukan tandingan buat Thailand apabila kecundang 2-0 dalam perlawanan akhir acara berpasukan Kejohanan Dunia Sepak Takraw Piala Raja Thailand Ke-33, 2018 di Pusat Beli-belah Terminal 21, Korat hari ini.

Said Ezwan Said De (tekong), Fadzil Mustapa (perejam) dan Azwan Muhrim (pengumpan) membuka langkah longlai regu pertama negara setelah tewas 12-21, 17-21 kepada Kritsanapong Nonthakote, Anuwat Chaichana dan Assadin Wongyota.

Regu kedua turut senasib ia­itu Hairul Hazizi Haidzir, Khairol Zaman Hamir Akhbar dan Aidil Aiman Azwawi yang dibenam Siriwat Sakha, Pornchai Kaokaew dan Pattarapong Yupadee 12-21, 15-21 biarpun sempat mendahului lawan 5-0 dalam set kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun pujian buat skuad Khairul Anuar Ibrahim ini yang memperbaiki pencapaian separuh akhir tahun lalu malah berjaya membalas dendam terhadap Korea Selatan pada sesi pagi ini.

Dalam separuh akhir, Malaysia menewaskan Korea Selatan 2-1 (21-19, 21-11), (13-21, 8-21) dan (21-13, 21-10). Pasukan lawan turut menewaskan Malaysia untuk menjuarai acara antara regu, 18-21, 21-10, 13-21, Rabu lalu tanpa penyertaan tuan rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini