Utusan-Kosmo! gagal pertahan kejuaraan karnival 100PLUS-PFAM - Utusan Malaysia

Utusan-Kosmo! gagal pertahan kejuaraan karnival 100PLUS-PFAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 30 Sept. – Pasukan Utusan-Kosmo! menamatkan saingan pada kedudukan ketiga, sekali gus gagal mempertahankan kejuaraan dalam Karnival Bola Sepak 100PLUS-PFAM 2018 yang berlangsung di Stadium Panasonic, di sini hari ini.

Dalam aksi itu Utusan-Kosmo! yang merupakan juara edisi sulung karnival itu tewas 0-2 kepada Sinar Harian dalam aksi separuh akhir dan berjaya menewaskan Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) yang dibarisi pemain-pemain seperti Razman Roslan, Shahrom Kalam dan Rudie Ramli menerusi penentuan sepakan penalti.

Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya menyuarakan ke­gembiraannya terhadap pe­nganjuran karnival edisi kedua itu kerana berjaya mencapai objektif untuk merapatkan hubu­ngan mereka bersama pengamal media selain barisan penaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan meneruskan lagi program ini dan diharapkan pihak media terus menyokong program anjuran PFAM bukan sahaja karnival ini malah lain-lain program yang dianjurkan,” katanya.

Edisi kali ini menyaksikan pasukan 139associates muncul juara selepas menundukkan Sinar Harian 3-2 manakala Astro Awani muncul juara dalam sai­ngan plate selepas menundukkan TV3, 3-1.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini