Perlu wujudkan undang-undang kawal ucapan berunsur kebencian - Gobind - Utusan Malaysia

Perlu wujudkan undang-undang kawal ucapan berunsur kebencian – Gobind

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, ada keperluan agar undang-undang bagi mengawal selia ucapan berbentuk kebencian diwujudkan di negara ini.

Beliau berkata, undang-undang itu juga harus memastikan capaian merentasi sempadan yang lebih cekap dan berkesan bagi mempermudah tindakan terhadap mereka  yang melakukan kesalahan sedemikian di luar negara.

Merujuk kepada kenyataan mengenai serban yang ditujukan kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh oleh seorang penulis blog, menteri itu berkata, kenyataan tersebut merupakan serangan yang tidak wajar ke atas Amar Singh dan komuniti Sikh. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenyataan itu perlu dikecam sekeras-kerasnya. Ia melanggar nilai paling asas yang kita rakyat Malaysia harus pertahankan iaitu saling menghormati,” katanya dalam catatan Facebooknya hari ini.

Beliau juga berkata, rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa dan agama, justeru serangan sedemikian harus dicegah.

Kenyataan itu adalah contoh isu yang mewajarkan penggubalan undang-undang bagi mengawal selia ucapan berunsur kebencian, katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini