SOCHI 30 Sept. – Pelumba Mercedes, Lewis Hamilton terus mengukuhkan cengkaman di kedudukan teratas kejuaraan dunia selepas menjuarai Grand Prix Formula Satu (F1) Rusia, sebentar tadi.
Dalam perlumbaan yang berlangsung di Sochi Autodrom itu, rakan sepasukan Hamilton, Valterri Botas bertindak memberi laluan kepadanya untuk merangkul kejuaran di litar itu sekali gus meletakkan pelumba Britain itu dalam keadaan selesa dengan baki lima perlumbaan musim ini.
Kejuaraan itu merupakan yang ke-70 buat dirinya dan memerlukan 21 lagi kejuaraan untuk menyamai rekod juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher.
Seterus terdekat Hamilton, Sebastian Vettel menamatkan saingan di kedudukan ketiga manakala Botas yang mendahului perlumbaan dari petak pertama diarahkan untuk memberi laluan kepada rakan sepasukannya selepas pusingan ke-25 dan dia mengakhiri saingan di kedudukan kedua.
Pasukan Mercedes mengekalkan rekod tanpa kalah di Rusia sejak litar di Sochi mula diperkenalkan pada 2014.-REUTERS











