Kerajaan perpaduan UMNO satu tindakan terdesak - Utusan Malaysia

Kerajaan perpaduan UMNO satu tindakan terdesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POKOK SENA – Kerajaan perpaduan yang dicanang-canangkan oleh pimpinan UMNO telah menunjukkan parti itu semakin terdesak selepas tidak lagi berkuasa setelah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, sikap yang ditunjukkan itu bukanlah sesuatu yang baharu, malah sejak dulu lagi UMNO telah menunjukkan sifat sedemikian apabila parti terdesak.

“Biar pi depa nak bercakap sampai ‘mengigau’ jadi apa pun saya tak boleh halang depa nak bercakap tapi saya tak fikirlah akan berlaku, kalau berlaku sudah tentu sebelum pilihan raya dah berlaku, kalau dalam konteks Pas ni sebelum PRU dia tak mahu, jadi macam mana sekarang dia nak bercakap kerajaan perpaduan dan sebagainya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“UMNO bagi saya sejak dulu lagi macam tu, dalam keadaan terdesak dia akan cakap soal kerajaan perpaduan tambahan ketika ini bukan sahaja terdesak lagi, tetapi dia sudah hilang kuasa dan  dia akan cakap soal kerajaan perpaduan, kita tak boleh halang apa depa nak bercakap,” katanya kepada pemberita pada Majlis konvokesyen Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Zon Utara di Penjara Pokok Sena di sini hari ini.

Mahfuz berkata demikian sebagai mengulas harapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai penubuhan kerajaan perpaduan di antara parti itu dengan mana-mana parti politik dalam kerajaan menerusi wawancara khas bersama NSTP baru-baru ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini