Pemuda bantu tuntut kembali hak - Utusan Malaysia

Pemuda bantu tuntut kembali hak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Kluster Perundangan Kehakiman dan Reformasi Parlimen Pemuda UMNO bersedia untuk membantu menuntut kembali hak-hak parti itu yang dicabuli bekas Ahli Parlimen mereka yang lari daripada perjuangan.

NIK SAIFUL ADLI BURHAN
NIK SAIFUL ADLI BURHAN 

Pengerusinya, Nik Saiful Adli Burhan berkata, ini kerana keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk mengambil tindakan terhadap wakil rakyat yang keluar parti adalah bertepatan dengan Konsep undang-undang.

Beliau berkata, prinsip asasnya ialah UMNO telah mengeluarkan perbelanjaan dan menyediakan jentera untuk mereka menang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini hanyalah konsep asas dalam undang-undang kontrak apabila satu pihak yang telah menyempurnakan bahagian sumbangannya, sewajarnya pihak yang satu lagi memberi manfaat yang diharapkan dalam perjanjian tersebut.

“Dalam hal ini, kekhilafan yang timbul hanyalah dari segi formaliti apabila tiada perjanjian yang khusus antara parti dan calon.

“Namun begitu, apabila tiada kontrak bertulis, maka prinsip ekuiti diterima pakai yang mana pihak yang gagal menyempurnakan bahagian mereka hendaklah memulangkan manfaat yang diterima.

“Hal ini jelas disebut dalam seksyen 71 Akta Kontrak 1950 yang mana pihak yang gagal melaksanakan tanggungjawab dalam kontrak tidak bertulis hendaklah memulangkan hasil diterima,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×