Ramai lagi pemimpin UMNO lompat parti sertai Bersatu - Marzuki - Utusan Malaysia

Ramai lagi pemimpin UMNO lompat parti sertai Bersatu – Marzuki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Marzuki Yahya tidak menolak kemungkinan ramai pemimpin dan ahli UMNO `melompat parti’ untuk menyertai Bersatu yang disifatkannya parti pelindung baharu kepada orang Melayu.

DATUK MARZUKI YAHYA
DATUK MARZUKI YAHYA 

Marzuki mendakwa, setakat hari ini ramai ahli UMNO peringkat bawahan sudah menyertai Bersatu.

“Kita dengar ramai daripada mereka sudah hilang keyakinan dengan UMNO dan hala tuju parti itu sendiri. Bagi seseorang yang pernah memegang jawatan atau pejuang dalam parti, mereka beranggapan UMNO telah mengkhianati perjuangan itu sendiri. Maka, untuk memastikan kedudukan dan kuasa orang Melayu, kita harus ada satu lagi parti dan Bersatu akan menjadi parti pelindung (baharu) kepada kaum tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, kita tidak menolak kemungkinan bahawa mereka akan menawarkan diri untuk menyertai parti kita,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Penyediaan Bubur Asyura Bersatu sempena Bulan Muharam 1440 Hijrah, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini