Aiman menjalani pembedahan buang tonsil 10 Oktober - Utusan Malaysia

Aiman menjalani pembedahan buang tonsil 10 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Selepas lima hari menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Rawang, Selangor akibat keradangan usus dan tonsil membengkak, penyanyi Aiman Tino mendedahkan berkemungkinan bakal menjalani pembedahan membuang tonsil pada 10 Oktober depan.

Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri berkata, dia menghidapi masalah tonsil bengkak itu semenjak enam bulan lalu namun tidak pernah menjangka ia akan menjadi serius.

“Saya akan menjalani pemeriksaan lanjut tonsil di bahagian tekak pada 10 Oktober depan dan kemungkinan akan menjalani pembedahan buang tonsil pada masa itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebenarnya, sudah enam bulan saya mengalami masalah tonsil bengkak namun pada mulanya ingat tidak serius sebab selepas makan ubat jadi baik semula. Tapi selang beberapa hari, ia bengkak semula. Buat masa sekarang, tekak saya belum pulih sepenuhnya dan bercadang ingin buang tonsil ini,” katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Aiman sudah dibenarkan pulang ke rumah semalam selepas menerima rawatan di hospital sejak Selasa lalu.

“Alhamdulillah, saya sudah dibenarkan pulang selepas lima hari berada di wad. Perut saya pun semakin pulih tapi masih perlu menjalani pemeriksaan doktor. Selepas ini, memang saya perlu mengamamalkan pemakanan dengan betul. 

“Ayah pun sudah berpesan makan kena ikut waktu kerana sebelum ini sarapan pun saya tidak mengendahkan pengambilannya. Terima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan saya,” ujarnya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini