220,076 murid jalani UPKK esok - Utusan Malaysia

220,076 murid jalani UPKK esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 30 Sept.- Sebanyak 220,076 murid tahun lima di seluruh negara menduduki Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2018 bermula esok sehingga 4 Oktober ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, sebanyak 5,904 pusat peperiksaan dibuka untuk tujuan tersebut.

“Ujian ini dilaksanakan untuk kanak-kanak Islam tahun lima sekolah KAFA bertujuan untuk mengukur dan menilai tahap penguasaan mereka dalam penghayatan ilmu al-Quran dan pengetahuan Fardu Ain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Syarat kelayakan calon-calon untuk menduduki peperiksaan itu adalah warga Malaysia, belajar dalam kelas KAFA dan mengikuti kurikulum ini sekurang-kurangnya tiga tahun, murid tahun lima dan berdaftar sebagai calon peperiksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, Mohamad Nordin berkata, UPKK yang dikenalkan sejak 24 tahun lalu telah melalui pelbagai penambahbaikan dari semasa ke semasa termasuklah memperkenalkannya secara dalan talian sepenuhnya pada 2016.

“Sehubungan itu, saya mengucapkan Selamat Menduduki UPKK 2018 kepada calon-calon seluruh negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini