[VIDEO] Had umur 16 tahun sertai UMNO beri kelebihan pada parti - Utusan Malaysia

[VIDEO] Had umur 16 tahun sertai UMNO beri kelebihan pada parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Penurunan had umur keahlian kepada 16 tahun bakal memberi kelebihan kepada UMNO membina pengaruh dalam kalangan remaja selari dengan cadangan kerajaan menurunkan had umur pemilih kepada 18 tahun.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu, Nurul Najihah Yasim berkata, bagaimanapun, usaha tersebut perlu diseimbangkan dengan pemulihan dalam kalangan ahli sedia ada yang masih tersentak ekoran kekalahan dalam pilihan raya umum lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan cuba buka had pemilih kepada 18 tahun, jadi kita perlu lebih ‘advance’ daripada mereka. Kita perlu terima ahli 16 tahun. Namun kita perlu ingat, kita bukan kerajaan untuk mendekati mereka di sekolah. Mungkin ada pendekatan yang boleh bawa dekat parti dengan golongan tersebut.

“Bagaimanapun, saya berpandangan adalah lebih baik UMNO cuba kuatkan parti, proses pemulihan perlu berlaku supaya ahli tetap setia beraama UMNO.

“Parti juga perlu melihat umur 16 tahun adalah masih muda untuk mengenal parti dan berpolitik. Jadi, saya rasa mungkin UMNO perlu fikirkan proses permulihan dengan ahli yang sedia ada terlebih dahulu sebelum mengejar anak muda,” katanya dalam sesi Sembang Online sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini