KUALA LUMPUR 30 Sept. – Penurunan had umur ahli UMNO kepada 16 tahun bakal memberi satu kelebihan kepada parti keramat itu untuk membina legasi muda yang baharu.
Pandangan itu dilontarkan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Bharu, Nurul Najihah Yasim yang berpendapat, usul itu adalah wajar memandangkan kerajaan hari ini juga menurunkan had umur pemilih kepada 18 tahun.
“Kerajaan harini cuba buka pemilih kepada 18 tahun, jadi kita perlu lebih ‘advance’ dari mereka. Jadi, kita perlu terima ahli 16 tahun tapi kita bukan kerajaan untuk mendekati mereka di sekolah, cuma mungkin ada pendekatan yang boleh bawa dekat parti dengan golonagn tersebut.
Berita berkaitan:
“Bagaimanapun, saya berpandangan adalah lebih baik UMNO cuba kuatkan parti, proses pemulihan perlu berlaku supaya ahli tetap setia beraama UMNO.
“Parti juga perlu melihat umur 16 tahun adalah masih muda untuk mengenal parti dan berpolitik. Jadi, saya rasa mungkin UMNK perlu fikirkan proses permulihan dengan ahli yang sedia ada terlebih dahulu sebelum mengejar anak muda,” katanya dalam sesi Sembang Online sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Perhimpunan Agung UMNO 2018 telah berlangsung bermula Jumaat lalu dan berakhir pada hari ini. – UTUSAN ONLINE











