Sabah kaji semula Pan Borneo, bakal laksana penstrukturan semula - Utusan Malaysia

Sabah kaji semula Pan Borneo, bakal laksana penstrukturan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU – Kerajaan negeri Sabah sedang mengkaji semula pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo di negeri ini, kata Menteri Pembangunan Insfrastruktur, Datuk Peter Anthony.

Menurut beliau kajian semula itu bagi membolehkan penstrukturan baharu dilaksanakan pada masa terdekat. 

“Semua pelaksanaan ini akan dikemukakan sepenuhnya kepada Kementerian Kerja Raya, Kementerian Kewangan dan Kerajaan negeri Sabah ekoran berlakunya ketirisan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Festival Sayangi Lahad Datu @Silam di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkenaan kelewatan pelaksanaan Projek Pan Borneo sehingga 36 peratus.

Anthony berkata, kementeriannya telah menghantar surat prmohonan kepada Kementerian Kewangan dan percaya Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sudah maklumkan kepada Perdana Menteri berkenaan masalah ini.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya juga bercadang untuk mengeluarkan pembabitan Syarikat Borneo Highway (BHP) PDP Sdn. Bhd. yang telah dilantik sebagai kordinator untuk pelaksanaan projek lebuh raya itu dan akan diambil oleh Jabatan Kerja Raya dibawah Kementerian Infrastruktur Sabah. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini