Lebih 1.4 juta pelancong ke Sabah bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini - Utusan Malaysia

Lebih 1.4 juta pelancong ke Sabah bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU – Jumlah kemasukan pelancong ke negeri ini berjumlah 1.4 juta orang dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.1 peratus jika dibandingkan pada tempoh sama tahun lalu.

“Oleh sebab itu, kerajaan negeri berharap prestasi ini dapat dikekalkan dan ditambah baik dari segi jumlah ketibaan seterusnya meningkatkan jumlah pendapatan rakyat negeri ini,” katanya pada malam Gala Festival Sayangi Lahad Datu@Silam di sini, malam tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini