Perlu tindakan tegas - Najib - Utusan Malaysia

Perlu tindakan tegas – Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Tindakan tegas ke atas wakil rakyat yang melompat parti dilihat sebagai sesuatu yang perlu dilakukan dari segi prinsip moral.

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, apabila seseorang itu dipilih atas tiket UMNO dan memenanginya, segala bantuan yang diterima adalah daripada parti.

“Ini prinsip moraliti dalam politik, sama ada kita boleh paksa atau tidak perlu melihat dari aspek perundangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun mereka perlu merujuk kepada parti berhubung keputusan yang dibuat dan tawarkan diri apa-apa keputusan terbaik yang boleh diambil sama ada mengadakan pilihan raya kecil atau keputusan lain,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan ketika ditemui selepas mendengar ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini