Hanya pengundi Port Dickson boleh halang Anwar - Utusan Malaysia

Hanya pengundi Port Dickson boleh halang Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 30 Sept. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan hanya pengundi di Port Dickson yang boleh menentukan nasib beliau sama ada dapat menjadi Ahli Parlimen atau sebaliknya.

Jelas Anwar, banyak pihak cuba menghalangnya ke Parlimen namun beliau hanya akan menerima keputusan yang akan ditentukan oleh pengundi di Port Dickson pada 13 Oktober nanti.

“Saya nak jadi Ahli Parlimen Port Dickson pun berkali-kali ada yang mahu failkan di mahkamah nak halang. Tak payahlah, biar orang Port Dickson tentukan mereka nak atau tidak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan dua tiga orang korporat, golongan elit cerdik pandai, peguam tetapi biar rakyat yang tentukan. Kalau takdir saya menang Alhamdulillah, kalau tidak pun saya kena reda,” katanya sewaktu berucap dalam Ceramah Perdana di Medan Selera, Bagan Pinang, di sini malam tadi.

Sementara itu, jelas Anwar, sekiranya dipilih sebagai Ahli Parlimen Port Dickson dalam pilihan raya kecil (PRK) akan datang, beliau akan sentiasa mengutamakan prinsip menjaga kepentingan rakyat dalam setiap projek pembangunan di kawasan tersebut.

“Saya jjumpa seorang pengusaha besar di Singapura yang mahu membina hotel lima bintang di Port Dickson. Saya kata okay tetapi saya berikan syarat dan minta Menteri Besar Negeri Sembilan menyediakan sebidang tanah dan mempercepatkan kelulusan untuk buat rumah bagi orang yang berpendapatan rendah, itu syarat saya.

“Bidang perniagaan dan industri juga akan dikembangkan tetapi kita kena jaga juga pusat-pusat perniagaan kecil dan warung-warung yang bersih dan banyak di Port Dickson, itu yang saya akan usahakan, insya-Allah, ” katanya.

Dalam pada itu, tambah Anwar, beliau dalam masa terdekat akan mengumumkan sebuah program khas pendidikan meliputi murid darjah satu hingga tingkatan lima yang akan memberikan manfaat besar kepada penduduk di Port Dickson. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini