KUALA LUMPUR – UMNO tidak rela parti itu dibubarkan meskipun ia bersedia bekerjasama dengan parti-parti pembangkang bagi membentuk permuafakatan politik demi kepentingan rakyat sekali gus dapat bangkit semula.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar kecil) berkata, UMNO perlu menerima realiti bahawa ia tidak boleh lagi mempunyai mentaliti sebagai kerajaan sebaliknya harus bertaut dengan rakan-rakan parti pembangkang lain.
Beliau yang tampil buat pertama kali di atas pentas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sebagai Presiden parti dan pembangkang menegaskan, UMNO akan meneruskan kerjasama dalam gagasan pembangkang di atas semangat taawun atau kerjasama untuk kemaslahatan bersama, tidak terikat serta bebas dengan cara yang tersendiri.
Ahmad Zahid menegaskan perkara tersebut dalam tujuh teras utama dan 21 langkah yang digariskan sebagai hala tuju dalam memperkasakan semula UMNO selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











