KUANTAN – Gara-gara tidak mahu akaun bank dibekukan, seorang doktor perubatan kerugian RM71,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang mendakwa dia terlibat dalam pengubahan wang haram dan dadah pada Rabu lalu.
Dalam kejadian berkenaan, mangsa seorang wanita Melayu berusia 50 tahun menerima panggilan daripada seorang perempuan Melayu yang mendakwa daripada pihak bank Alliance.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd. Wazir Mohd Yusof (gambar kecil) berkata, perempuan berkenaan menyatakan bahawa dia mempunyai tunggakan pinjaman bank atas namanya selama tiga bulan.
“Bagaimanapun, mangsa menafikan perkara berkenaan (berhutang selama tiga bulan). Namun, panggilan telefon itu kemudian disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu kononnya untuk bercakap dengan suspek sebelum dimaklumkan dia terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan dadah.
“Diberitahu bakal dikenakan tindakan pembekuan akaun, mangsa yang cemas seterusnya diarahkan suspek supaya memindahkan wang di dalam akaun bagi mengelakkan tindakan tersebut dikenakan,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











