Sultanah Terengganu saman Rewcastle Brown sebanyak RM100 juta - Utusan Malaysia

Sultanah Terengganu saman Rewcastle Brown sebanyak RM100 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah telah menghantar surat tuntutan kepada pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua pihak lagi untuk menuntut permohonan maaf bertulis serta ganti rugi RM100 juta daripada setiap mereka berhubung kenyataan fitnah dalam buku The Sarawak Report: The Inside Story of the 1MDB Expose.

Peguam Datuk Mohd. Haaziq Abdullah yang mewakili Sultanah Terengganu berkata, surat tuntutan itu telah dise­rahkan kepada Rewcastle Brown, penerbit tempatan Gerakbudaya Enterprise dan pencetak Vinlin Press Sdn. Bhd. pada Khamis lalu.

Mereka, katanya, diberi masa lapan hari mulai 27 September lalu untuk membuat penarikan balik secara bertulis yang jelas dan permohonan maaf bertulis dalam terma yang dipersetujui oleh peguam baginda.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tindakan undang-undang ini tidak ada kaitan dengan buku Rewcastle Brown tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Kami hanya memberi perhatian kepada muka surat tiga buku itu yang mengandungi kenyataan fitnah,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di sebuah hotel di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini