Pertandingan 7 penjuru di Port Dickson - Utusan Malaysia

Pertandingan 7 penjuru di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Port Dickson me­nyaksikan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, 71, akan dicabar oleh enam calon lain termasuk bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 33, dan bekas Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang (kini Port Dickson), Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, 69.

Anwar bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) manakala bekas ahli UMNO, Mohd. Isa yang juga bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan 22 tahun bertanding tiket Bebas bersama Mohd. Saiful Bukhari.

Pas mempertaruhkan Pre­siden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (Kerabat), Lef­tenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar, 57, yang pernah bertan­ding di Dewan Undangan Negeri Panti di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), 9 Mei lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tiga calon Bebas yang lain ialah Stevie Chan Keng Leong, 51, Lau Seck Yan, 51, dan Kan Chee Yuen, 45.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini