Taufan kuat landa Pulau Okinawa - Utusan Malaysia

Taufan kuat landa Pulau Okinawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAGOSHIMA, Jepun – Taufan kuat bersama hujan lebat dan angin kencang melanda selatan Jepun semalam menyebabkan bekalan elektrik terputus di beberapa bandar.

Taufan Trami itu turut menyebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai ditutup sementara.

Semalam taufan yang membawa angin kencang dengan kelajuan maksimum 216 kilometer sejam itu melanda Pulau Okinawa, mencederakan sekurang-kurangnya sembilan orang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rakaman televisyen me­nunjukkan dahan-da­han pokok yang patah disebabkan angin kencang sehingga menghalang jalan utama di bandar Naha, ombak besar menghempas tembok pemecah ombak dan hujan lebat yang turun mendadak.

Anggota polis tempatan yang memakai jaket hujan dan memegang gergaji mesin terpaksa bergelut dengan angin kencang untuk mengalih­kan pokok-pokok yang tumbang.

Kira-kira 600 orang dipindahkan ke tempat perlindungan di Okinawa dan bekalan elektrik kepada hampir 200,000 rumah telah dipotong, kata stesen te­levisyen NHK.

Sekurang-kurangnya 386 penerbangan juga telah dibatalkan terutamanya di barat Jepun, demikian menurut NHK. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini