[VIDEO] Mohd. Isa masih sayangkan UMNO - Utusan Malaysia

[VIDEO] Mohd. Isa masih sayangkan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 29 Sept. – Calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad mengakui beliau tetap mempunyai perasaan sayang kepada UMNO kerana pernah bersama parti itu.


Video oleh AIDA FAIZLEN IBRAHIM

Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, bagaimanapun beliau belum memikirkan kemungkinan menyertai semula parti tersebut kerana mahu memberi tumpuan kepada PRK ketika ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Soal rindu ini (kepada UMNO) jatuh nombor dua. Memang kita sayang parti yang kita pernah anggotai. Tetapi dalam keadaan sekarang saya tak ada pilihan dan kena fokus untuk menang pilihan raya.

“Dulu UMNO pernah gantung saya selama tiga tahun, jadi tak ada masalah pun,” katanya kepada wartawan selepas program bersama penduduk di Kampung Bagan Pinang, di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung ketika ini dan sama ada masih rindukan parti tersebut.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang itu beberapa hari lalu menghantar surat keluar dari UMNO untuk bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson selepas parti itu tidak meletakkan calon.

Dalam pada itu, Mohd. Isa berkata, beliau tidak tahu kenapa seorang lagi calon Bebas, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang juga bekas pembantu peribadi kepada calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bertanding.

“Saya sendiri tertanya-tanya kenapa dia bertanding di Port Dickson. Semasa penamaan calon tadi, dia beritahu saya nak masuk politik dengan menyertai pilihan raya ini,” katanya.

Mohd. Saiful Bukhari merupakan salah seorang daripada tujuh calon yang bertanding dalam PRK pada 13 Oktober ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini