80 hektar kawasan Hutan Simpan Pekan terbakar - Utusan Malaysia

80 hektar kawasan Hutan Simpan Pekan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Kawasan seluas kira-kira 80 hektar Hutan Simpan Pekan dekat sini dilaporkan terbakar hari ini, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang Nor Hisham Mohammad.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada pukul 8.40 pagi oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Pahang yang menerima maklumat daripada wakil Global Environment Centre yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar. 

Bagaimanapun, Nor Hisham berkata, pihaknya masih belum dapat menghampiri kawasan kejadian ekoran bentuk muka bumi yang berpaya dan ketiadaan laluan untuk ke situ. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lokasi kejadian berhampiran dengan ladang sawit dan Kampung Orang Asli Melogo. Anggota kami mendapati tiada laluan untuk menghampiri kawasan kejadian yang dianggarkan sejauh 2 kilometer dari kampung tersebut. 

“Pasukan bomba dengan bantuan anggota Jabatan Perhutanan telah berjalan kaki sejauh 1 kilometer bagi mencari jalan alternatif, namun tidak dapat berbuat demikian kerana keadaan muka bumi yang berpaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini