Kenang sembilan tahun gempa bumi Sumatera Barat - Utusan Malaysia

Kenang sembilan tahun gempa bumi Sumatera Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Gempa bumi 7.6 pada skala Richter dan gempa susulan berukuran 6.2 skala Richter melanda Sumatera, Indonesia pada 30 September 2009 mengorbankan hingga 1,700 nyawa.

“SAYA tidak mungkin melupakan gegaran yang dirasai pada ketika kejadian.

“Ia amat kuat dan mengerikan. Mujur saya sempat menyelamatkan diri,” ujar Erwinsyah Sipahutar, salah seorang mangsa gempa bumi di Sumatera Barat, Indonesia sembilan tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 30 September 2009, wilayah Sumatera Barat, Indonesia dilanda gempa bumi berukuran 7.9 skala Richter menyebabkan 1,700 orang terbunuh.

Jelas Erwinsyah, ketika kejadian, dia yang merupakan pensyarah di Akademi Industri dan Teknikal Padang sedang mengajar beberapa pelajarnya di kampus tersebut.

Katanya, secara tiba-tiba bangunan di akademi tersebut bergegar dengan kuat dan cermin tingkap mula pecah.

“Saya dan pelajar lari menyelamatkan diri,” ujarnya.

Gegaran teruk juga turut dirasai di dua negara jiran iaitu Malaysia dan Singapura.

Selepas kejadian, pasukan mencari dan menyelamat dari Medan, Aceh, Palembang dan Pekanbaru dikerahkan ke lokasi gempa bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Televisyen tempatan pada hari kejadian pula melaporkan jalan-jalan masuk dan keluar dari Kota Padang terputus hubungan sama sekali.

Elektrik terputus

Bencana tersebut dilaporkan turut menyebabkan kebakaran di beberapa lokasi, selain menyebabkan bekalan elektrik dan hubungan komunikasi terputus.

Gempa yang berpusat di Kilometer 57, Padang Pariaman dengan kedalaman 87 kilometer di bawah laut itu dilaporkan berlaku tepat pukul 5.16 petang.

Ia berlaku sebulan selepas Tasik Malaya yang berada di wilayah Jawa Barat digegarkan dengan gempa kuat yang mengorbankan 123 nyawa.

Menurut jurucakap Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Rahmat Triyono, gempa bumi di Sumatera Barat itu menyebabkan hampir kesemua hotel di Padang musnah teruk.

“Bekalan elektrik dan talian telekomunikasi yang terputus menyebabkan pasukan keselamatan sukar untuk melakukan kerja-kerja menjejaki mangsa-mangsa terlibat,” jelasnya seperti dipetik laman web The Guardian.

Antara terburuk

Lebih memburukkan keadaan, Sumatera Barat ‘diserang’ dengan gegaran kedua kira-kira 22 minit selepas gempa pertama.

Gempa susulan yang berukuran 6.2 skala Richter itu meruntuhkan lebih banyak bangunan dan menjadikan penduduk Padang berada dalam ketakutan.

Rumah-rumah di sepanjang jalan ke Kota Padang mengalami kerosakan teruk, manakala banyak jambatan runtuh.

Penduduk semakin panik apabila paip air bawah tanah mengalami kebocoran menyebabkan jalan raya sekitar Padang digenangi air.

Akibat kedua-dua gempa itu, sebanyak 279,432 buah kediaman di kawasan seperti Padang, Kota Pariaman, Kota Bukit Tinggi dan Kota Solok rosak teruk dan penduduk-berada mengalami trauma.

Biarpun sudah sembilan tahun berlalu, penduduk Sumatera Barat masih belum boleh melupakan kejadian gempa bumi tersebut.

Ia merupakan antara gempa bumi paling buruk pernah melanda Indonesia. Begitu pun, kesemua penduduk yang terjejas bersyukur kerana tsunami tidak berlaku selepaskejadian gempa bumi.

Indonesia terletak di kawalan lingkaran gunung berapi dan wilayah Aceh pernah dilanda gempa dan tsunami yang mengorbankan hingga 220,000 orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini