22 maut minum arak beracun di Iran - Utusan Malaysia

22 maut minum arak beracun di Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN 29 Sept. – Sekurang-kurangnya 22 orang maut selepas meminum arak beracun dalam tiga kejadian berasingan di negara ini.

Jumlah kematian paling tinggi iaitu 16 mangsa dilaporkan berlaku di bandar pelabuhan Bandar Abbas, lapor agensi berita ISNA.

Jurucakap hospital, Fatemeh Norouzian berkata, jumlah mereka yang dimasukkan ke hospital akibat meminum arak beracun telah meningkat kepada 168 orang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 16 orang daripadanya meninggal dunia manakala lapan lagi berada dalam keadaan kritikal,’’ katanya.

Ketua Polis Bandar Abbas, Esmail Mashayekh memberitahu ISNA, sepasang suami isteri telah ditahan kerana disyaki membuat arak tersebut manakala seorang penjual turut ditahan.

ISNA turut melaporkan tiga kematian dalam kejadian berasingan di Alborz.

Ketua Perubatan Kecemasan, Mehrdad Babayi berkata, seramai 25 orang mengalami keracunan dalam tempoh 72 jam, tiga daripadanya meninggal dunia.

Menurut beliau, seramai 17 mangsa masih dirawat di hospital.

Di wilayah utara Khorasan, Ketua Polis, Alireza Mazaheri berkata, seramai 25 orang dirawat akibat keracunan arak dalam tempoh 10 hari namun tiga mangsa maut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini