Perang media sosial punca BN kalah - Utusan Malaysia

Perang media sosial punca BN kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Kegagalan Barisan Nasional (BN) menepis fitnah dan dakwaan dalam ‘peperangan’ alam maya terutama media sosial merupakan salah satu punca kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Naib Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal Mohd. Fauzi berkata, ahli-ahlinya perlu mengambil iktibar dan menjadi lebih agresif dalam media sosial terutamanya menepis fitnah serta mengembalikan kepercayaan rakyat kepada parti.

“Kekalahan yang lepas janganlah diratapi sebaliknya ambil pengajaran untuk menguatkan parti. Corak perjuangan mungkin tidak sama dengan nenek moyang kita dulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Modus operandi pada zaman modem ini hanya berperang menggunakan telefon dan media sosial. Itulah yang mereka gunakan, sehingga kita kalah dan hilang kuasa di tanah air kita sendiri,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini