KPKT sedia hulur bantuan kepada mangsa gempa Sulawesi - Utusan Malaysia

KPKT sedia hulur bantuan kepada mangsa gempa Sulawesi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat gempa bumi yang berlaku di Sulawesi, Indonesia semalam.

Timbalan Menterinya, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, pihak kementerian masih menunggu maklumat lengkap berkaitan bencana tersebut sebelum dapat menentukan jenis bantuan yang bersesuaian. 

“Kita bersedia menimbang apa jua permintaan daripada pihak yang berkenaan sama ada daripada segi bantuan fizikal, kebendaan mahupun bekalan makanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apa pun kita perlu mendapat maklumat yang lebih tepat mengenai kejadian itu supaya dapat menentukan bentuk keperluan yang akan disalur,” katanya selepas Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Aktiviti Air peringkat Terengganu di Pulau Warisan di sini hari ini.

Indonesia digegarkan dengan gempa kuat bermagnitud 7.5 semalam manakala Badan Nasional Pengurusan Bencana menyatakan banyak bangunan runtuh selepas gegaran kuat itu berlaku.

Amaran tsunami turut dikeluarkan dan dilaporkan air laut setinggi dua meter melanda bandar Palu di Sulawesi Tengah.

Bandar perikanan Palu dan Donggala yang mempunyai 600,000 penduduk terletak kira-kira 80 kilometer dari pusat gempa yang berlaku. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini